JOM MAIN!!!
Permainan tradisional kaum Cina yang amat popular ialah ‘Mahjong’. Permainan ‘Mahjong’ ini boleh dimain oleh empat orang. Mahjong melibatkan kemahiran, strategi, pengiraan dan juga tahap nasib.Nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan bergantung kepada variasi yang dimainkan. Objek permainan adalah membina set lengkap dari sama ada 13 atau 16 keping. 40 keping kad ini, dinomborkan dari 1 hingga 9 dalam empat buah sut berbeza bersama-sama empat keping kad bunga tambahan. Orang pertama mendapatkannya akan menjadi pemenang. Bilangan kepingan yang memberi kemenangan melengkapkan set pemain sama ada 14 atau 17 keping. Mahjong popular sebagai perjudian dan juga permainan computer di Asia. Mahjong diharamkan di negara asalnya iaitu China pada tahun 1949 apabila Republik Rakyat China ditubuhkan.
Kabadi merupakan sebuah permainan yang dibentuk di India. Dua pasukan dibentuk yang terdiri daripada tujuh pemain untuk setiap permainan. Setiap pasukan menyediakan pemain simpanan seramai 5 orang. Kabadi akan berlangsung selama 20 minit dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Pihak pertahanan pula membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain daripada pihak pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya. Semasa setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan pula akan mendapat mata. Pada perlawanan yang terakhir, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang. Permainan ini juga memerlukan satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan dua pembantu penjaring.
Comments
Post a Comment