Pengangkutan Awam di Malaysia


Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi seluruh sistem pengangkutan di mana penumpangnya tidak perlu bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Kemudahan pengangkutan awam di Malaysia amat efisyen dan efektif. Antara contoh pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia ialah teksi, bas, rel, kereta api, feri dan sebagainya. Pengangkutan awam ini biasanya diatur untuk menawarkan perkhidmatan yang berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam linkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah ata institusi pendidikan. Minggu ini, kita fokuskan kepada pengangkutan rel kerana ia merupakan pengangkutan yang paling digunakan setiap hari.


Antara pengangkutan awam yang amat popular dalam kalangan residen Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang ialah pengangkutan rel. Pengangkutan rel di Malaysia terdiri daripada transit aliran ringan (LRT) yang dikendali oleh Rapid KL yang termasuk aliran Kelana Jaya, aliran Ampang, aliran Sri Petaling, MRT Lembah Klang, KTM Komuter, KL Monorail dan Express Rail Link yang terdiri daripada KLIA Transit dan KLIA Express. Rapid KL merupakan singakatan bagi Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur.Dua penubuhan iaitu Rapid Rail dan Rapid Bus telah ditubuhkan bagi menggantikan nama lama syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 iaitu Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur Sdn Bhd. Pada Ogos 1995,KTM Komuter merupakan satu sistem pengangkutan awam yang memulakan perkhidmatannya bertujuan memberi khidmat memuaskan dan mengatasi kesesakan lalu lintas ke Lembah Klang. Komuter yang terkini bergerak dari Rawang ke Seremban dan dari Batu Caves ke Pelabuhan Klang dengan membawa hampir 60,000 penumpang setiap hari. 


 Akhir kara, kita haruslah bersyukur dengan kemudahan pengangkutan awam yang sedia ada di negara kita. Justeru, kita haruslah menggunakan kemudahan awam dengan berhemah dan baik.

Comments