Permainan Tradisional Orang Melayu

Jom Main! 

Permainan tradisional ialah warisan yang diperturunkan daripada generasi ke generasi sejak zaman nenek moyang kita. Malaysia mempunyai pelbagai etnik yang mempunyai variasi permainan tradisional. Sejak dua tiga dekad ini, masyarakat semakin melupakan warisan ini dengan hidup sekarang amat pesat. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas merupakan peribahasa yang wajib dipegang oleh anak watan hari ini. Hal ini penting supaya generasi akan datang dapat bermain dan mengetahui permainan-permainan tradisional ini di masa hadapan.




‘Batu Seremban’ merupakan permainan tradisional bagi kaum Melayu. Permainan ini sering dimain semasa masa lapang. Permainan ini dimain oleh dua atau lebih budak  menggunakan guli kaca atau ketul batu yang kecil. Pada peringkat pertama yang mudah, seseorang itu perlu menyambut satu batu dan pada peringkat seterusnya bilangan batu yang perlu disambut akan menambah. Bilangan batu yang selalu digunakan dalam permainan ialah lima, maksudnya terdapat lima peringkat. Batu yang digunakkan dalam permainan ini dikenali sebagai “buah”. Permainan ‘Batu Seremban’ juga dikenali sebagai “Selambut” dan “Serambut”. 



Selain itu, ‘Congkak’ merupakan satu permainan tradisional orang Melayu yang amat popular di kalangan masyarakat Malaysia sehingga sekarang. Alat yang diperlukan untuk permainan ini ialah papan congkak dengan lubang-lubangnya dan juga biji-biji congkak. Papan congkak mengandungi 14 lubang dan 2 lubang besar yang dipanggil “rumah”. Hanya dua orang pemain boleh bermain permainan ini. Mereka akan memasukkan biji-biji congkak satu demi satu dalam lubang dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah. Setelah tamat pusingan pertama, pemain perlu mengisi semula lubang-lubang dengan biji-biji congkak. Jika ada lubang yang tidak mencukupi  biji congkak dianggap terbakar.

Comments