Pakaian Tradisional di Malaysia


Pakaian Baba Nyonya dan Iban


Tidak dapat dinafikan bahawa pemakaian pakaian tradisional di kalangan rakyat kita semakin meruncing saban hari. Hal ini kerana budaya pemakaian pakaian tradisional semakin dilupakan oleh generasi yang akan datang. Oleh hal demikian, budaya memakai pakaian tradisional sewajarnya dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan kebanyakkan remaja lebih suka memakai pakaian ala-ala barat. Mereka tidak sedar bahawa secara tidak langsungnya mereka menghakiskan budaya pemakaian baju tradisional sesebuah kaum itu sendiri.


 Sebagai rakyat Malaysia, kita memanglah mengenali baju tradisional kaum Melayu, India dan Cina. Oleh itu, jomlah kita mengenali baju tradisonal masyarakat baba dan nyonya. Baba perempuan memakai kebaya dan kain sarung kerana pemakaian terpengaruh dengan pemakaian orang Melayu. Kebaya mereka dibuat daripada kain atau benang menggunakan seni sulaman tangan yang halus dan terperinchi. Seni sulaman itu merupakan satu identity bagi masyarakat Baba. Kebaya Nyonya pula ada tiga pasang kerongsang yang membezakannya daripada kebaya Melayu yang tiada kerongsang langsung.


Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat merupakan kain cawat yang dililit di pinggang dan celah kelengkang. Hujung kain pula dijuntaikan dari pinggang dan ke belakang badan, mempamerkan bahagian yang dihias. Dendong ialah kain selendang yang dipakai oleh kaum lelaki Iban. Dendong diperbuat daripada kain yang ditenun. Manakala, terdapat tiga jenis pakaian tradisional untuk kaum wanita Iban iaitu Bidang, Kelambi, dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya separas lutut. Kelambi pula adalah baju yang dipakai oleh kaum wanita Iban dan terdapat dua jenis Kelambi iaitu Kelambi berlengan dan Kelambi tanpa berlengan.Bedong ialah kain selempang yang dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

Comments