Alat Muzik di Malaysia


  Cak Lempong merupakan suatu alat muzik yang masih amat popular di Malaysia. Alat muzik ini diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Cak Lempong pada awalnya mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu yang berketurunan Minangkabau yang berasal dari Negeri Sembilan. Semasa bermain Cak Lempong, alat-alat muzik seperti seruling, salung, rebena dan gong juga serta dimainkan. 


Seterusnya ialah alu bunyi yang merupakan merupakan sebuah alunan irama muzik yang dilahirkan melalui kegiatan menumbuk padi. Alat Lesong yang diperbuat daripada kayu digunakan sebagai induk dan 'alu' sebagai alat untuk 'menumbuk' yang bertindak sebagai alat perintis kepada unsur bunyi yang dilahirkan oleh alat lesong berkenaan. Permainan ini begitu terkenal di kalangan masyarakat petani dan juga komuniti setempat di kawasan-kawasan tertentu seperti di negeri Perlis dan juga dikaitkan dengan pesta menuai. Alu bunyi ini juga terkenal dalam kalangan masyarakat berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan sebagai 'Tumbuk Kalang' di mana beberapa pemain akan menumbuk lesong sambil menyanyi.




Selain itu, Kempul pula merupakan suatu  alat kolotomik dalam rangkaian Gamelan di Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu. Kempul juga merupakan satu penambahan baru daripada yang sedia ada. Disiplin asal yang hanya terdiri daripada alat-alat seperti Bonang atau Keromong, Gambang kayu, Saron Barung, Saron Demung, Kenong, sebiji Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan.


 
Alat-alat muzik semakin dilupa di masyarakat generasi hari ini.Kita semakin tidak kisah akan warisan kita yang telah dipelihara oleh datuk, nenek kita. Alat muzik juga merupakan satu jenis warisan yang wajib dipelihara oleh generasi akan datang. Oleh itu, kita haruslah memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa betapa penting dan bernilai sesuatu alat muzik kepada suatu kebudayaan.

Comments