Malaysia merupakan sebuah negara yang multi-etnik yang diduduki oleh masyarakat Cina juga. Masyarakat Cina mempunyai adat resam mereka yang tersendiri yang diamalkan secara turun-temurun melalui ajaran Taoisme, Konfuciunisme dan agama Buddha. Konfuciunisme ialah “pemeliharaan negeri dan pemeliharaan sesebuah keluaarga” atau dalam perkataan ialah “Hao”. Ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka amat pentinglah untuk mendapatkan anak supaya menjadi warisan keluarga. Oleh sebab itu, perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.
Masyarakat Cina juga mempunyai adat lawatan dan kunjungan. Semasa seeorang mengunjungi rumah orang Cina, tetamu digalakkan duduk di sebelah kiri tuan rumah sebagai tanda penghormatan kepada tuan rumah. Minuman ringan selalunya disediakan dan dihidangkan kepada tetamu secepat mungkin yang boleh. Setelah minuman dihidangkan, tetamu janganlah segera minum kecuali sudah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Perbuatan sebegitu dianggap kurang elok mengunjungi rumah keluarga Cina sewaktu mereka makan malam melainkan kunjungan itu dibuat oleh sebab – sebab yang sangat penting.
Terdapat juga adat kelahiran dalam kaum Cina misalnya di dalam bilik ibu, perabot tidak boleh diubah, terutamanya katil, memaku dinding rumah tidak dibernarkan sama sekali. Kelahiran seseorang anak biasanya diraikan apabila ia berumur sebulan dengan kehadiran saudara mara dan sahabat handai memberi hadiah yang boleh digunakan oleh bayi. Hadiah – hadiah itu dibungkus dengan kertas merah kerana merah melambang membawa tuah.
Jika terdapat adat kelahiran sudah tentu terdapat adat kematian juga. Mengikut adat orang Cina pelawat – pelawat seharusnya tidak memakai pakaian yang berwarna – warni sewaktu pergi ke rumah orang mati. Pelawat itu sewajarnya memakai baju berwarna muram seperti hitam atau kelabu dan sebagainya. Apabila seseorang itu memasuki rumah si mati dia hendaklah membawa sepasang lilin putih “ duit kertas “ dan alat sembahyang yang lain untuk diberikan kepada keluarga si mati yang kurang berada.
Comments
Post a Comment