Nom Nom Malaysia

Jom Makan di Malaysia!!!


Sebagai anak watan Malaysia, variasi kaum dan makanan di negara kita merupakan kebanggaan kita. Apabila kita pergi melancong ke luar negara, sudah pastilah kita akan rindu makanan Malaysia. Tidak dapat dikira makanan kegemaran orang Malaysia seperti roti canai, rojak, asam laksa dan nasi lemak. Makanan juga memainkan peranan dalam mengeratkan tali persaudaraan antara rakyat. Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan tersendiri yang beraneka dari segi rasa serta mempunyai sejarah maskan yang tersendiri. Oleh itu, Malaysia memilik aset yang paling berharga dari segi kepelbagaian makanan yang bukan sahaja menjadi akar perpaduan bahkan turut menyumbang kepada sektor ekonomi negara.


Antara makanan yang digemari oleh setiap rakyat Malaysia ialah Nasi Lemak. Asalnya, nasi lemak merupakan hidangan sarapan pagi dalam etnik Melayu tetapi kini ia telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Nasinya dimasak dengan menggunakan santan kelapa. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak untuk menambahakan aromanya.  Nasi lemak biasanya dihidang dengan sambal, kacang yang digoreng, timun, ikan bilis dan telur. Makanan ini amat digemari oleh rakyat Malaysia kerana amat mudah untuk didapat, sangat murah dan sudah pasti sedap!


Di samping itu, makanan yang amat popular di Penang ialah Char Kuey Teow. Makanan ini dimasak daripada Kuey Teow yang digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, telur dan kucai Cina. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak khinzir yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini dimasak menggunakan minyak biasa. Oleh itu, hidangan ini sekarang boleh dinikmati oleh semua etnik dan telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia semasa melancong ke Penang.


Roti canai juga merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Makanan ini boleh dimakan sebagai makanan pagi, tengah hari, petang dan malam. Hidang ini selalu dihidangkan dengan kuah dal atau kari dengan sambal ikanbilis. Makanan asalnya dari India yang dikenali sebagai Roti Prata. Penggunaan perkataan canai dalam Bahasa Melayu adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan dan meneber doh roti. Ada juga yang kata, perkataan canai ini datangnya dari suatu Bandar di India iaitu Chennai disebabkan ramai pencanai roti kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.

Comments