Ikon-ikon di Malaysia


Jimmy Choo & Yuna Zarai

Ikon-ikon Malaysia memainkan peranan yang amat penting dalam menyebarkan nama baik Malaysia di persada dunia. Ikon-ikon Malaysia yang terkenal di peringkat antarabangsa menyumbang kepada persepsi dunia terhadap negara kita. Hal ini kerana, apabila mereka mengeluarkan produk atau bermain sukan di persada dunia, mereka terus menjadi lambang Malaysia. Ikon-ikon negara boleh terdiri daripada pelbagai aspek seperti sukan, hiburan, fesyen dan politik.




Tiadalah seorang pun yang tidak mengenal Jimmy Choo dalam dunia fesyen di persada dunia. Jimmy Choo bukanlah setakat satu jenama kasut dan beg tangan yang amat mahal tetapi ia juga nama seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang. Nama sebenar Jimmy Choo adalah Jimmy Chow. Pendaftar tersilap mengeja namanya pada sijil kelahirannya sehingga nama Jimmy Choo dikenali oleh sedunia sekarang. Beliau mula mereka kasut pada usia 11 tahun. Mendiang Diana, Puteri Wales merupakan peminat rekaan kasut Jimmy Choo. Beliau mengatakan bahawa telah kehilangan bilangan kasut dibuatnya untuk Puteri Diana.



Yunalis binti Mat Zarai yang lebih dikenali sebagai Yuna Zarai merupakan seorang penyanyi antarabangsa yang berasal dari Kedah dan dibesarkan Selangor, Malaysia. Yuna memuat naikkan lagunya di laman MySpace yang mendapat galakkan daripada lebih sejuta orang dari sedunia. Sebuah syarikat, Fader Label menandatangani perjanjian Yuna dan beliau mengeluarkan album pertamanya ‘Decorate’ di  Amerika Syarikat. Pada tahun 2012, Yuna bersama atlet negara Pandelela Rinong telah diiktiraf menerusi Anugerah Ikon Belia Negarauntuk pencapaian mereka. Pada 20 Mei 2016, Yuna mengeluarkan lagi satu iaitu ‘Chapters’ dimana beliau menyanyi bersama penyanyi terkenal di dunia iaitu Usher. Album ini dipilih oleh Billboard di 2016 Critics’ Picks untuk Album R&B Terbaik di tempat ke-7.

Comments