Kenali Kaum Baba Nyonya dan Kaum Iban




Tidak dapat dinafikan bahawa keunikkan Malaysia yang amat unggul ialah kepelbagaian kaum dan suku rakyatnya yang terdiri daripada kaum Melayu, kaum India, kaum Cina, suku Iban dan sebagainya. Selalunya, kita asyik merujuk kepada tiga kaum yang majority di Malaysia iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India tetapi terdapat banyak lagi kaum di Malaysia yang tidak dikenal oleh rakyatnya sendiri. Oleh itu, ayuhlah kita bersama-sama mengenali kaum-kaum di Malaysia.

 (Acar)

(Asam Laksa)


Kebanyakan rakyat Malaysia tahu kewujudan Baba dan Nyonya di Malaysia disebabkan masakan mereka yang amat sedap dan budaya yang sungguh unik. Golongan Baba dan Nyonya sebenarnya merupakan keturunan kaum Cina di Negeri-Negeri Selat khususnya di Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba” atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina dan juga mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka berlaku melalui perkahwinan campur di antara kaum Melayu dan kaum Cina. Antara makanan terkenal golongan Baba dan Nyonya ialah Acar, Asam Laksa dan Otak-otak.

 Manuk Pasuh

 Midin Belacan

(Umai)

Selain itu, terdapat juga suku kaum Iban yang dikenali Dayak Laut sebelum ini yang merupakan suku terbesar di Sarawak dengan jumlah sebanyak 576,000. Kaum Iban mempunyai tradisi yang dipanggil tajau yang bermaksud mereka menyimpan pasu, gong dan tempayan. Tradisi tajau diwarisi sehingga ke hari ini kerana bernilai, dianggap suci dan dihargai. Perayaan penting yang disambut oleh kaum Iban ialah Hari Gawai yang akan dijalankan antara hari pertama dan kedua bulan Jun. Hari Gawai disambut sebagai hari kesyukuran atas hasil tuaian yang melimpah-ruah. Masakan terkenal kaum Iban pula ialah Manuk Pansuh, Midin Belacan, dan Umai.

Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur kerana dapat hidup bersama rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan dapat mengenali tentang kebudayaan kaum lain dengan selanjutnya. Kita juga harus beryukur kerana dapat hidup di dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera walaupun kita berbilang kaum. Pentinglah, kita sedar bahawa perpaduan merupakan akar kesejahteraan negara Malaysia tercinta ini.

Comments