Cuti - cuti Malaysia

Tempat-tempat menarik di Malaysia


Sudah terang lagi bersuluh, Malaysia merupakan satu tempat pelancongan utama di dunia. Keindahan panorama dengan pasir yang memutih dan laut yang mebiru sering menggamit pelancong datang ke negara. Saban tahun, jumlah pelancong ke negara yang direkodkan semakin bertambah dan sektor ini berkembang maju dan menjadi sumber pendapatan negara yang penting. Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik utuk dilawati di Malaysia yang terindah ini.


Antara tempat menarik yang sering dikunjungi oleh pelancong asing ialah Tanah Tinggi Cameron. Tempat ini terletak di bahagian Banjaran Titiwangsa yang merupakan tulang belakang Semenanjung Malaysia. Tanah Tinggi Cameron merupakan kawasan rekreasi di tanah tinggi mempunyai suhu yang sejuk. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran seperti kubis, tomato serta buah-buahan seperti strawberi. Terdapat juga ladang the seperti Ladang Tea Cameron Valley (The Bharat Tea) yang boleh dikunjungi oleh pelancong di mana mereka dapat menikmati aroma teh yang segar dan pemandangan ladang the yang indah nian.


Selain itu, terdapat menara yang terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi di persada dunia iaitu  Menara Berkembar Petronas ataulebih dikenali sebagai Petronas Twin Towers di Kuala Lumpur.  Menara ini merupakan mercu tanda dan ikon negara kita. Menara ini memegang gelaran bangunan tinggi dari tahun 1998 hingga 2004. Kini, bangunan ialah bangunan tertinggi ke-11 di dunia tetapi ia juga merupakan bangunan berkembar yang tertinggi di dunia. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1992 dan disiap bina pada tahun 1998. Pelacong yang datang ke Malaysia sudah pasti menangkap gambar di Menara Berkeembar Petronas kerana tempat itulah paling ikonik di Malaysia. 






Comments